14 January 2011

apa itu kerja?

Huh... dah lama nampaknya aku tak update blog ni.. Bukannya aku busy, tapi banyak sangat masalah-masalah yang duk berlegar dalam kepala hotak aku ni.. Dan disini, aku bukan nak cerita masalah aku.. Kalau boleh, aku nak lari daripada masalah. Tak pikir sikit pun, tapi manusia mana tak ada masalah kan. Tapi kan, kalau tak ada masalah, tak syok jugak kan.. Hidup mesti bosan.

Sorry, intro hari ni sikit emosional.. 

Oke, cakap sal kerja hari ni, for your information, aku dah tukar tempat kerja. Haha.. Actually, dah hari ke 4 aku kerja sini. Huhu.. Kerja kat sini memang best. Customer tak ramai sangat. Yang duk menyibuk je ramai. Brader-brader yang duk kedai sebelah ni yang asyik masuk kedai aku. Buat-buat sembang la.. Aku pun dengan senang hatinya angkat kertas-kertas, tulis-tulis, buat-buat busy... Then, dia pun chaow!! walawei.. tektik dlu lew.. trus terang jela kan.. haha..

*********************************************************************************************

ok... entry kat atas aku dah tulis 2 hari lepas. so, maksudnya, aku dah keje kat tempat baru dah hampir seminggu. Dicampur balik dengan kerja kat tempat dulu, kira hampir 2 minggu da la aku kerja.. Cakap sal kerja kan, aku masih lagi tak fasih dalam harga motor. Kadang-kadang orang nak motor, aku angkat la harga mahal-mahal. Tak tahu punya pasal kan. Then, aku cakap la harga boleh kurang lagi.. Amacam cara kerja, oke tak? haha.. Kerja ni memang aku tak pernah terfikir pon nak buat. Kerja jual motor. Haha. Jauh sangat lari dari bidang pengkhususan aku. Kau bayangkan, daripada bidang video & pengajian filem, aku ditukarkan minda aku kepada bidang  pemasaran, jualan dan perakaunan.. Aku memang kena belajar agi selok belok sal jualan ni. Aku ingat senang je bab jual-jual ni. Rupanya susah jugak. Susahnya time customer yang banyak cerewet. Cakap mahal la.. Harga standard motor la beb. Kalau customer nak motor Yamaha 135lc tapi harga nak macam motosikal bulat yang pak imam gi surau tu. Apa kau nak buat dengan customer tu? sila jawab pada komen dibawah.. aku tak nak cakap apa-apa..

huh.. macam-macam la.. ok.. aku da banyak nak buat entry ni.. kang lari tajuk lak.. so, aku pk nak buat satu-satu.. 

adios!  

No comments:

Post a Comment