31 January 2011

3 benda yang diingini.

tetiba  terdetik lak aku nak update blog ni.. Buat masa ni bukan aku takde masa nak update blog.. cuma aku rasa tak perlu diceritakan kat sini untuk dijadikan kenangan. Bermakna hidup aku normal sekarang ni.. Tapi, normal pon tak kan takde kenangan kot.. huhu.. Nevermine la.. 


Just now, aku nak conteng-conteng sikit kat sini, saje-saje nak cerita pasal barang-barang yang aku nak sangat ble aku banyak duit. I mean, barang yang kecik-kecik dulu la.. Yang puluh2 ribu bagai tu hold dlu.. 


1 : Camera Nikon D90



walopon aku tahu ada banyak agi camera yg hebat n lagi cool.. n ada jugak yang lagi cikai.. atas sebab tertentu, aku memilih D90.. maybe sebab aku dah pernah guna kot yang kazen punya.. gile bez. keinginan memiliki kamera ni baru je ag.. sejak2 member aku buat job ambik gmbr nikah dengan hasil RM4k dalam masa 2 minggu.. Kepala hotak dia ar kan.. joli cmtu je. 

2  : Gitar


ok. biar aku jelaskan.. buat masa ni.. sememangnya aku menginginkan gitar seperti diatas.. and, maybe aku akan menukarkan jenis gitar tersebut.. hahaha.. walopon aku tidak berapa pandai dalam bermain gitar, namun  kini aku sudah mengerti untuk memetik sesebuah lagu. even aku tak pro macam man kidal, aku harus memiliki gitar tersebut sebagai langkah permulaan aku untuk belajar.

3 : BINO helmet


Bino helmet ni aku teringin sebab aku nak padankan dengan scooter aku tu.. Minah scooter la katakan.. Aku nak bino ni jugak sebab aku nak naikkan semangat aku gi ronda-ronda kat KL nanti. tak de la aku nak layan helmet kura-kura aku tu lagi. memalukan je.

sekian..

nanti aku update lagi..
hee.. 

sory kene cepat..



14 January 2011

Rindu TAE KWAN DO

TAE KWAN DO.. Aku tak tahu macam mana aku nak describe pasal ni. Aku betul-betul rindukan sukan jenis seni mempertahankan diri tae kwan do ni.. Bila diingatkan balik kan. Kalau dedulu, aku rajin je turun latihan. Nak jumpa master punya pasal. Master aku ni namanya Sir Paneer (SP).
SP ni memang baik. Cara dia latih kiteorang, memang cukup memukau. Dia kasi aura. Aura dia cukup best. SP ni buat aku senang dengan dia. Dah macam bapak sendiri. Tapi tak kan nak panggil bapak lak kan. Setahu aku umor dia pon tak sampai 30 agi. Kira, still lagi hot la. Hensem pon boley tahan. haha.. 


Yg baju merah aku bulat tu la dia.


amacam? hensem tak? haha.. dia ni baik taw. Time jahat dia memang tak ley tahan. Time dia dera aku, aku rasa macam nak nangis.. Yang best jugak time tu, dia pandai main angin aku taw. maksud main angin tu, time aku tunjuk emosional sikit kan, pandai je dia buat lawak bodoh ntah pape dia tu. Aku tetap suke dia. Dia buat anak buah dia selesa dengan dia taw. Boley buat kawan. Anyway tak nak la citer pasal dia semua kan. Kalau nak cerita, banyak kisah tentang dia ni. Kita skip-skip dulu. Cerita pasal kawan-kawan plak.

Geng-geng tae kwan do ni plak, aku tak berapa nak kamcing sangat. Lebih-lebih lagi dengan pompuan. Aku pon tak tahu kenapa. Maybe, diorang semua dah ada partner kot. Kalau sir suruh pair-pair, mula la aku terkial-kial cari yang lebih. Kalau ada Kak Fani, tu la nasib baik aku. Ada geng. Lagi pon, dengan orang lain aku tak boleh sangat. Tak mesra. By the way, diorang sbenarnya memang bez. Aku baik jugak dengan si ezri ni. Baik pon sebab 1 kelas dengan mamat tu. Tapi kan, geng-geng tae kwan do ni best. Tak banyak bising la. Diorang sporting.

Pernah satu ari tu, hari lahir aku dah lepas 3 hari camtu la.. tetiba dia buat suprise lak nak nyambut-nyambut birthday aku. Serius, mula-mula aku nengok kek tu dari jauh, aku excited la sebab malam tu dapat makan kek. Hari jadi sape la kan. Aku join skali la kumpul-kumpul kat kek tu. Tapi duk blakang sikit la. Time tu jugak semua geng-geng aku tu tengok len macam kat aku. Ape hal plak kan. Then sir Nazid la manggil aku suh duk depan. Pastu dengan soseh-soseh mulut sape ntah, aku tak sempat nak tengok. Cakap bertuahnya syarfa. Birthday dia la hari ni. Hari ni mende lak ni. Silap orang ke silap tarikh diorang ni kan. Aku punya dah lepas. Mula la muke aku tarik blur.. Sir Nazid lak cakap aku buat-buat tak tahu. Aku tengok la kat kek tu. Ada rupanya nama aku. SP cakap, memang nak sambut syarfa punya la.. Aku senyum sipu-sipu r. haha.. Nak jadi klakar lak, lilin satu batang pon tak ade aku nak tiup. Kanak-kanak lak dah kecewa. Demi nak merialisasikan impian kanak-kanak tu, ezri pon kuarkan lighter dia, then kuarkan api. Pastu aku tiup la yang kononya lilin tu. haha..







Tu lah dia. Aku memang rindukan tae kwan do. Rindu latihan, rindu nak belasah orang, rindu Sir Paneer aku tu, rindu kawan-kawan. Rindu semua la.



p/s : Sir, so sorry sebab dah buat sir kecewa dengan saya. Kalau boleh, saya nak berlatih dengan sir lagi..



apa itu kerja?

Huh... dah lama nampaknya aku tak update blog ni.. Bukannya aku busy, tapi banyak sangat masalah-masalah yang duk berlegar dalam kepala hotak aku ni.. Dan disini, aku bukan nak cerita masalah aku.. Kalau boleh, aku nak lari daripada masalah. Tak pikir sikit pun, tapi manusia mana tak ada masalah kan. Tapi kan, kalau tak ada masalah, tak syok jugak kan.. Hidup mesti bosan.

Sorry, intro hari ni sikit emosional.. 

Oke, cakap sal kerja hari ni, for your information, aku dah tukar tempat kerja. Haha.. Actually, dah hari ke 4 aku kerja sini. Huhu.. Kerja kat sini memang best. Customer tak ramai sangat. Yang duk menyibuk je ramai. Brader-brader yang duk kedai sebelah ni yang asyik masuk kedai aku. Buat-buat sembang la.. Aku pun dengan senang hatinya angkat kertas-kertas, tulis-tulis, buat-buat busy... Then, dia pun chaow!! walawei.. tektik dlu lew.. trus terang jela kan.. haha..

*********************************************************************************************

ok... entry kat atas aku dah tulis 2 hari lepas. so, maksudnya, aku dah keje kat tempat baru dah hampir seminggu. Dicampur balik dengan kerja kat tempat dulu, kira hampir 2 minggu da la aku kerja.. Cakap sal kerja kan, aku masih lagi tak fasih dalam harga motor. Kadang-kadang orang nak motor, aku angkat la harga mahal-mahal. Tak tahu punya pasal kan. Then, aku cakap la harga boleh kurang lagi.. Amacam cara kerja, oke tak? haha.. Kerja ni memang aku tak pernah terfikir pon nak buat. Kerja jual motor. Haha. Jauh sangat lari dari bidang pengkhususan aku. Kau bayangkan, daripada bidang video & pengajian filem, aku ditukarkan minda aku kepada bidang  pemasaran, jualan dan perakaunan.. Aku memang kena belajar agi selok belok sal jualan ni. Aku ingat senang je bab jual-jual ni. Rupanya susah jugak. Susahnya time customer yang banyak cerewet. Cakap mahal la.. Harga standard motor la beb. Kalau customer nak motor Yamaha 135lc tapi harga nak macam motosikal bulat yang pak imam gi surau tu. Apa kau nak buat dengan customer tu? sila jawab pada komen dibawah.. aku tak nak cakap apa-apa..

huh.. macam-macam la.. ok.. aku da banyak nak buat entry ni.. kang lari tajuk lak.. so, aku pk nak buat satu-satu.. 

adios!  

04 January 2011

2nd day job.

untuk ari kedua ni, rajin la sikit aku nak taip entri ni walaupun letih. tapi untuk hari2 seterusnya, aku tak janji oke. (macam la ramai sangat nak baca entri kau tu).


kau tahu??
Penat gile kot. Aku bukannya kerja tapi belajar. Belajar tentang cara2 nak bukak insurans, ansuran motor n bagai2 agi.. Semua aku blajar tu is matematik. Penat. Siyes aku tak suke matematik ni. Bab kira2 ni memang aku fail. Dari umi aku lahirkan aku, memang aku tak ngam atau erti kata lain aku tak pernah declare pun dengan matematik ni untuk jadi buah hati aku. Ari ni bley plak maen jodohkan aku dengan kira-kira ni. damn!


so, mintak2 la pulak besok, sifu-sifu aku tu ajar mende lain plak. Cara nak pau duit bos ke. Cara nak klentong customer ke... ahaks! (gelak nak macam omputih) baru best!!


dah r.. Aku nak tido plak. Layan2 sikit mata ni.. Malas nak pikir mende lain dah. 




p/s: buat buah hati, I miss U.. gud nite..

03 January 2011

Starting on job

Today is 3rd January 2011.. Aku start kerja secara tiba-tiba. Kerja pe ko chapa??? Ni yang aku excited gilew nak citer kat kowang.. Malam semalam. Abi suh bangun awal besok pagi sebab nak bawak gi jumpa tauke motor. Pe kes la nk bawak aku g jumpa tauke motor. (kalau boleh nak jawab cmtu la. tp tak macam kurang hajar plak kan). Aku tanya la.. Kenapi bi? Aku introduce dulu panggilan bapak aku. Aku panggil bapak aku is 'Abi'. Senang citer kan.. Korang dah kenal. Abi cakap da tauke motor berkenan dengan aku. Huh! celake tol tauke ni. ada hati nak kenan2  suke lak dengan aku. Abi aku cakap, dia nak offer kerja la.. Kerja mende lak men motor2 ni kan.. Abi cakap besok tau la Pa....

Pagi besok tu, (pagi tadi la). Aku memang tak ingat langsung sal kerja ni. Abi kol.. Pergh.. Masa tu  berlari aku masuk tandas.. Dah ready semua. Gerak r gi Bukit Payung. Kedai tu kat Bukit Payung. 

Citer time masuk office terus la erk..

Masuk je office dia.. Aku dah macam orang nak beli motor dah.. Steady je buat-buat tengok motor. Bajet kaya r tengok motor mahal.
motor cam gini la aku nengok.

Pastu da la Pak Cik tu tegur aku. ' ni nok mende'. Aku buat gaya malu2 meow aku cakap, 'umm.. nok jupe toke, ni anok mat saberi ning'. pastu dah kecoh da office tu.. dia suh g kat dia. Then, mula la topik2 yang disembangkan. Cakap sal motor la. Sal bisnes la. aku kosong. Mende la Pak Cik ni cakap hal bisnes dengan aku. Ayat last Pak Cik tu cakap cmni. 'doh nok keje sining dop'. Aku terkejut r. Aku tak tahu la masa tu. Tengah blur ke bengong ke ape. Aku main terima je job tu. Aku tak tahu jawatan sebagai apa. Dia cakap suh jual motor je. dush!!! ambik kau. Jual jela. Pastu da la akak tu. Aku manggil dia kak ta je.. Dia la yang ajar aku sume. Buat akaun la, key in data la, harga motor la. Sume aku kena start on zero balik bab kira-kira ni. Tadi pon tambah tolak je pon aku salah kira.  so stupid la. Blajar punya belajar, aku lupa nak makan. Tengok punya excited aku belajar. Semua kes salah kira tu la. bodo la.. haha.. 

Huh.. anyway pengalaman pertama aku kerja best la. Uppss.. Not first time. umm. Maybe Second time la kot after stop practical dlu. Such a big damn!. 

besok, mintak-mintak la aku dapat bangun awal. 

p/s : kerja aku start kul 9a.m to 5.30p.m

01 January 2011

Al-Fatihah buat Faizal Yusof

Jam 2.30 petang (lebih kurang la), pelakon tanah air kita, Faizal Yusof telah kembali ke ramatullah. Beliau merupakan bekas suami Siti Nordiana. Entri ni aku keluarkan sebab aku baru je rasa minat kat dia ni.. Baru-baru ni aku tengok dia dalam cite Tiramisu. Boleh tahan dia ni kelakar... Lawak jugak la.. Kalau aku ada suami macam dia.. Memang tiap-tiap malam aku hempuk dia dengan kerusi batu.. hu.. anyway... He is a good actor.. Baru je minat dia, dia dah pergi. Tu la kan, masa ada tak nak hargai. Dah tak ada baru nak cari. 

ni cite Tiramisu.. Best. Klakar.. Sempoi..

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.. Bak kata Afdlin Shauki jugak, 'seseorang itu akan menjadi popular apabila dia meninggal dunia, time orang tu masih ada, tak ada siapa nak hargai.. time orang tu dah tak ada, baru nak hargai'. tu la lumrah artis kan..  

Apa-apa pun, Al-Fatihah buat Faizal Yusoff. Semoga beliau dirahmati ke atas cucu-cucunya.. Amin..

Belaja Masak

huh!! dalam boring-boring ni.. Terisi jugaklah entri yang kedua ni.. Today, my mum suruh aku pergi beli buku resepi kat TTC.. Siyes ingatkan dia betul-betul nak masak sedap-sedap.. Rupanya dia suh beli untuk diri aku. Kononya suruh aku belajar memasak. Nevermine la.. Aku memang ada cakap kat dia yang aku nak belajar memasak.. (niat je pon).. tut-tut, dia memang support aku.. yela.. mak mana yang tak nak support anak belajar kan.. semalam aku dah masak sayur goreng.. umi cakap masin sikit.. haha.. tak tahu la.. aku memang tak reti nak bajet perasa ni.. main tebur je kot.. 

so, today aku nak masak special sikit.. lebih dari sayur biasa.. hehe.. if jadi, i will update this blog soon.. oke.. 

sekarang dah zohor.. mandi pon belum lagi.. teeetttttt...!! and now, i must to take the towel n''' berkembang... 

duuuuuuu...

Happy New Year!!

booomm!! boom!! kebaboom!!!  (bunga api)
(tempat aku sambut tahun 2011) ***kuat menipu


Happy New Year!! okey.. sempena tahun baru ni.. aku berharap semoga apa2 yang mengidam tu tercapai.. that oll.. 

2011 untuk blog yang terbaru.. dan kali ini memang tak private dah.. Kalu yang sebelum ni, memang semua entri aku korang tak ley baca.. hehe... blog lama tu untuk entri2 yang jiwe2 je.. oke.. tak yah nak melalut panjang.. orang pun tak kenal kau lagi.. 

1st, nak kenalkan tuan punya blog ni dlu.. tak yah nak cite panjang2.. aq taip macam biodata skolah rendah jela erk.. macam kawan2 dlu suruh tulis dalam buku.. (konon kenangan, tapi hilang ntah kemana dah).. melalut lagi..

Nama : Siti Syarfa binti Mohd Saberi
Tarikh Keramat : 16 March 2011 (insyaAllah 22 tahun la tu)
Asal : Terengganu (Ori)
Tinggi : 157 cm (maybe pasni tinggi lagi) ceyh!!!
Berat : 45 kg (99.2 Pound)

nak tahu banyak2, nati aku tambah ag.. janji korang bayar.. haha..  tu jela kot entri ni.. tak tahu nak citer sal ape.. yela blog baru katakan..  oke.. cau cin cau!!!!!!!!