19 September 2011

tips nak kekal sampe dapat cucu

wahh..! kelaaas lu Cha.. Rajin pulak lu hupdate lu punya belog.. Kemain lu ey..


oke, for this entry, guwa nak kasi tips je. Bukannye ape. Memandangkan guwa punya mata air dah oke dengan guwa, guwa terajin la pulak nak cari tip-tip nak kekalkan hubungan nih. Guwa bukan ape, guwa sayang dy beb. Kalau boleh guwa nak la hidup lelame sikit dengan dy. 


Tanpa menyembang panjang, guwa nyatakan tips tersebut: 


jeng.. jeng.. jeng..!! oke !


1. Tunjukkan minat lu terhadap perkara-perkara yang dilakukannya sebagai tanda sokongan lu pada dy. (walaupun lu sendiri berasa bosan dengan apa yang dilakukannya). hipkorit sikit-sikit la.. hee.. teeeett..


2. Yang ni guwa tekankan. Lu orang jangan sesekali menipu ataupun menyimpan rahsia yang berkaitan dengan si dia. Kejujuran sangat penting dalam sesebuah perhubungan.


3. Lakukan perkara yang berbeza setiap kali lu orang keluar dengan pasangan lu bagi membangkitkan kelainan dalam perhubungan. Apa-apa pun lu orang mestilah sehati sejiwa..


4. Hindari daripada melontarkan perkara-perkara yang menyakitkan hati dia. (macam yang guwa buat sebelom ni) Cakap lu orang mestilah bertapis sikit. hehe.. 


5. Ingatkan kelebihan si dia yang membuatkan lu orang jatuh cinta dengan si dia. 


6. Luangkan banyak masa dengan si dia untuk bersama agar rasa cinta lu orang pada si dia lebih dihargai.






7. Jangan memperbesarkan masalah ataupun memanjangkan pertengkaran kerana ia boleh menggugat perhubungan.


8. Jangan cuba untuk mengongkong ataupun menyimpan perasaan cemburu yang melampau kerana ia akan membuatkan si dia sakit hati.


9. Jangan berpura-pura tidak mempercayainya atau pun menguji setebal mana cinta si dia terhadap lu orang.


10. Jangan membanding si dia dengan balak/awek lain terutamanya bekas kekasih lu orang..


yang no 11 guwa tambah sendiri..


11. Jangan sesekali control balak/awek lu punya duit kerana ia boleh mengakibatkan peperangan hingga memakan masa berhari-hari.. hee






Oke. tu jela tips nyer. Guwa buat entry ni untuk guwa, balak guwa dan juga untuk lu orang yang terbaca tips ni.. Sama-sama la kita menjaga partner kita memasing..


 k. baii..

1 comment: